Monday 7 November 2011

KELIWON


Seperti minggu-minggu berlalu. Syina dan wati semakin lali. Juga semakin teruk rasanya. Wajah yang pucat juga lingkaran gelap yang cemburu dengan kecantikkan mereka sungguh menyerlah. Tiada guna mereka berblasyer tetap sahaja pucat dan lesu. Kata ibu di kampung, kurangkan bermekap agar kahwin nanti seri pengantin terserlah. Wati tahu yang ibu memang gemar membangga-banggakan anak-anaknya. Kakak Wati yang kahwin dengan tukang besi seperti tidak wujud. Malu kata ibu. Padahal ibu pernah jatuh cinta dengan tukang besi. Tough katanya tetapi sebabkan papa janjikan kemewahan, ibu tolak tukang besi jauh-jauh. Seperti abang Wati juga yang mendapat pekerjaan sebagai doctor. Ibu sanggup halau abang dari rumah. Katanya abang tak cukup hebat. Entah apa yang ibu inginkan.
     Wati dan Syina sudah seperti kembaran. Kemana sahaja pasti bersama. Agak popular. Bukan kerana keakraban mereka tetapi kerana muka yang pucat. Ada suara-suara syaitan bicara. Kata mereka, Syina dan Wati sebenarnya roh yang tidak aman. Sungguh fitnah yang terlampau.
     Syina menekup muka pucat. Wati terbaring lesu. Keduanya masih dengan harapan yang sama. Harapan yang hanya sekadar harapan. Kekasih Syina bosan dengan cerita ulang-ulang Syina. Mana tak nya, cerita ditindih dan rumah berselerakkan sudah naik muak kekasih gelapnya itu dengar. Kan seronok jika cerita ulang-ulang itu ditukar tajuk seperti ada sejumlah wang yang banyak di bawah katil, jelmaan putih sebenarnya gadis bunian yang vok atau jin jahat mahu jadikan Syina ahli sihir. Meskipun Syina sering di marah tetap sahaja kekasihnya setia. Juga setia menemani malam-malam harinya.
     Wati memandang syiling. Ada bayangan hitam seperti jelaga. Bulu-bulu roma tidur mula terjaga dengan sendirinya. Menyanyikan lagu bulu roma juga berjanji taat setia pada raja roma. Keadaan menjadi sungguh sepi. Suara seseorang sedang menangis jelas menerjah ke telinganya. Ada bunyi kaca pecah di dapur juga jelmaan putih yang aktif berlari anak. Wati dan Syina hanya mendiamkan diri. Memejam mata mengambil syarat dan bersiap ke kelas. Begitulah hari-hari lepas juga hari-hari mendatang.

SHORT STORY



                                                               Im in LOVE







 Boy : I miss u dear :)
 Girl : (~~,)
 Boy : Have a date?
 Girl : :) Deal~




~MY DATE TIME~ (*_*)





Boy : Hanya awak di hati saya. Saya ikhlas mencintai awak dan akan menjaga awak hingga akhir hayat saya. :)
Girl : Saya percayakan awak dan I LOVE you dear :) Saya serahkan segala jiwa saya pada awak.



You got a message... You got a message (Boys handphone)
Diyana : Miss you too sayang.
(Boy senyum-senyum)

Girls : Siapa tu?
Boy : Tak kenal la!
Girl : Tipu!
Boy : Betul la sayang. Saya hanya cintakan awak.
Menyesal aku mempercayai kau. Menyesal aku memberi sepenuh jiwa ini pada kau. Aku bencikan kau. Kau BODOH! Penipu. Tidak pernah sekali pun aku menduakan cinta kita. Kau hanya pandai bermanis mulut. Tidak sekali aku percayakan kau lagi meski penat kau memujuk. Maaf sayang, kau dan aku tidak perlu bersatu kerana hati ini hancur dengan segala penipuan kau. Aku mohon undur diri.

Kenapa dia harus MATI?


Kenapa dia harus mati? Pertanyaan yang sudah biasa berlegar-legar kat kepala batu aku. Aku dah lama nak dia mati. Dia bukan handsome pun. Kenapa perlu aku jaga hati dia. Dia tak ada hubungan dengan mak aku. Kalau aku doakan dia mati pun, aku tak dikira anak derhaka. At least aku tak disumpah jadi tempat lap kaki kat kandang kambing.
     Kenapa dia harus mati? Aku sengaja doa banyak-banyak untuk kematian dia. Masa yang terluang aku guna untuk binakan dia rumah tidur. Aku tak guna kayu. Untuk dia aku ikhlas buat guna batu. Dia tak menarik. Lagi cepat dia mati lagi okey.
     Kenapa dia harus mati? Entah kenapa dari tadi soalan ni tak bagi aku berhenti taip. Aku nak dia mati sebab dia buat aku sakit. Adik aku pun mati sebab dia. Memang salah mak aku sebenarnya. Rajin pulak mak aku jaga cucu cicit dia. Pernah aku halau dia, tapi mak aku marah. Katanya kesian. Entah sampai bila mak aku nak kesian. Masa aku tampar dia, ada la adegan berdarah. Mak aku tak nampak. Sempat aku lap darah tu. Kalau tak da lama aku mati kena simbah asid. Mak aku tu rela bunuh aku dari bunuh dia. Bod.... haih... tak sanggup nak tambah dosa.
     Kenapa dia harus mati? Sebab dia wanted dunia. Sebab dia bunuh orang yang aku sayang. Aku akui salah aku jugak sebab tak pernah fikir nak bunuh dia dulu. Tempat dia buat projek pun dalam bilik aku. Tapi salah mak aku gi tanam pokok bunga dalam bilik aku. Kalau tak siram mati. Jadi mak aku siram banyak-banyak terus. Spare katanya.


Perasaan benci jadi suka

     






Tak dapat dinafikan lagi. Betul kata orang-orang tua. Benci jadii suka. Pada mulanya aku tak faham tapi selepas apa yang jadi aku mengerti.




 Aku ingat lagi....
           Aku nampak dia. Masa itu dia bersama kawan-kawan sekelasnya (pakai baju MPV). Aku teman Jodie pergi tandas. Jodie memang wajib ke tandas (aku tahu sebab apa).  Dia berjalan macam biasa. Masa itu time rehat form4. Menggelabah aku. Bukan sebab aku suka dia tapi sebab aku tak suka bertembung dengan mana-mana lelaki kecuali budak kelas aku. Dia pandang aku. Sekilas. Aku cuma tunduk. Tiba-tiba Jodie tepuk bahu aku ajak pergi tandas guru (biasalah tandas pelajar sering kekurangan air). Lega hati aku bila dapat lari dari dia dan kawan-kawan dia. Masa berbual dengan cikgu depan bilik guru aku nampak dia lagi. Kali ini dengan budak-budak form5. Aku mula rasa pelik. Bukan pelik kenapa dia bersama budak-budak form5 tapi pelik macam mana dia boleh tukar baju dengan cepat. Dia sangat kemas dengan seragam sekolah dan bersongkok.


          Dan.....begitulah hari-hari seterusnya. Aku kerap lihat dia sebab aku dan Jodie kerap keluar kelas sebab ada urusan hingga murid lainnya berasa amat rimas sekali.


          Aku jadi benci sangat dekat dia sebab aku tak pernah nampak dia masuk kelas. Tiap kali aku jumpa dia mesti dia keluar kelas (masa rehat dikeculikan). Aku ingat lagi ayat pertama aku "Esh tak reti masuk kelas ke budak ni?". Aku mula syak dia nakal dan suka ponteng.


Hari kokurikulum sekolah, awal tahun, di tapak perhimpunan.
  
          Dari jauh aku nampak dia dengan t-shirt putih dan seluar track. Pantas aku palingkan muka sebab sangat menyampah tengok dia. Hari itu tiada kawad disebabkan awal tahun so cikgu-cikgu nak bagi informasi sikit mengenai kokurikulum dan kelebihannya. Semua tak kira unit beruniform duduk di tapak perhimpunan berbumbungkan terik mentari. Aku sangat bosan dengan celoteh guru di hadapan jadi aku kutip batu-batu kecil campak dekat kawan-kawan di hadapan.
          Ayat cikgu yang aku rasa mungkin ini permulaan CINTA KAMI. "Saya nak Nabil, Syaza, ........ Mus. Mus mana Mus?" Masa itu aku hanya pasang telinga. Memang aku tak pandang hadapan. Aku angkat kepala bila aku dengar jeritan nakal budak-budak lelaki. Aku mula angkat kepala bila orang yang cikgu maksudkan tak datang ke hadapan. Aku mula rasa geram sebab susah sangat orang yang cikgu maksudkan nak kehadapan. Ada ayat yang buat aku mula pandang dia. "Mus, kau lah Mus." Aku pandang. Kosong tanpa perasaan apa-apa. Masa itu aku tak terfikir pun nama dia 'Mus'. Kalau betul nama dia Mus pun apa aku kisah. Tiba-tiba orang yang cikgu maksudkan pun datang kehadapan seperti yang disuruh. SUPRISE! perkataan yang boleh aku describe mengenai perasaan aku time tu. Serius memang aku SUPRISE sebab dia dah tukar baju dari tshirt putih ke baju kuning kadet siap berseluar kadet lagi. Muka terkejut beruk aku disedari Ain Farhana. Tanpa sempat aku bertanya Ain terus beritahu yang di hadapan kitorang adalah Muslihuddin dan di sebelah kiri kitorang adalah abang dia Mustaain. Akhirnya baru aku tahu. Memang mirip.


          SPM semakin hampir dan apa lagi stay di sekolah buat study group. Memang dah jodoh aku dengan dia bila kitorang ditakdirkan berjumpa sekali lagi. Puan Rosiah ajak kitorang ke parti MPV. Best! Tak dapat aku lupa. Sanggup tahan malu main kejar-kejar dengan Ain dan lari kat dia and cakap ' Ain, aku dapat Mus '. Seperti tidak sengaja sebenarnya memang aku mahu dia tahu yang aku suka pada dia. Tapi dia tak bagi respon. Hanya diam sebab takut aku main-main. Tak sangka aku boleh jatuh hati pada dia. Apa lagi start dari hari itu aku mula mencari dia di facebook  (dengan niat mahu add dia). tak disangka rupanya sudah lama kitorang menjadi rakan fb. Dengan rajin aku tengok pic2 dia. Mahu komen tapi niat aku dilumpuhkan dengan komen rakan-rakan dia. Sangat ramai terutamanya perempuan. Seperti ramai meminati dia tapi kenapa dia tidak berpunya? Persoalan pertama ketika mula mahu mengenali dia. Aku mula komen status-status dia. Dia tak balas. Ada ayat-ayat kiasan yang aku nak dia tahu aku sukakan dia tapi masih sahaja tiada balasan. Kecewa.
        
          Shawal. Aku mula chat dengan Shawal. Pelik padahal aku dengan Shawal bukan rapat. Demi dia aku sanggup. Aku mula minta nombor dia. Argh!! Shawal tak bagi free. Macam-macam nasihat aku kena dengar. Aku tahu niat Shawal baik, Shawal tak mahu aku permainkan Mus. Lama jugalah aku tunggu sampai aku fedup dan tak mahu berharap lagi pada nombor yang aku mahu.Siapa sangka dapat juga nombor dia walaupun lambat. Aku tak tunggu esok, malam itu juga aku mesej dia. Seronoknya~
        
           Pada awal perkenalan aku sentiasa ingatkan dia bahawa kitorang sekadar bersahabat dan tak lebih dari itu. Aku bukan apa, aku cuma tidak mahu memberi dia harapan sebab aku tak mahu lukai hati lembut dia. Hanya berkawan di dalam mesej. Di sekolah kitorang seperti tidak mengenali. Begitulah rutin harian kitorang. Malam mesej dan di sekolah masing-masing dengan hal sendiri. Setiap petang aku akan pergi tusyen, tidak aku sedar rupanya selama ini kitorang di tusyen yang sama. Malu rasanya harus berhadapan dia tiap hari. Setiap hari aku akan bersiap cantik-cantik ke tuisyen supaya dia sentiasa lihat aku cantik.
        
          Malangnya bila aku di dalam kelas mesti dia di luar huingga aku rasa bosan untuk pakai cantik-cantik (bukan dia nampak pun). Tiada siapa tahu kisah aku dan dia.


                     SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
         
          Di sekolah perubahan ketara mula terlihat bila dia mula berani mendekati aku meskipun aku sering lari. Kawan-kawan mula bergosip pasal kitorang dan terbocor jua akhirnya aku dia dan cinta. Hari ini 8 November 2011 genap setahun perkenalan kitorang dan hanya satu harapan aku agar terus kekal selamanya. InsyaAllah dengan izinnya. :)

TADIKA JUVANA



     Pada mulanya dapat sahaja tawaran kerja di Tadika Juvana, Azy sangat teruja. Sebulan sebelum Azy sudah packing barang. Mak merajuk. Kata mak, Azy tak sabar nak tinggalkan mak. Azy buat derk jew. Suami Azy berani diam je. Memandangkan Azy tiada anak, Azy sangat tidak sabar mahu menumpang didik anak orang. Azy mahu tunjukkan kat dunia yang tadika Juvana bukanlah seteruk yang diceritakan di akhbar-akhbar tempatan. Sudahlah hanya ada di Mleysye, akhbar-akhbar tempatan seperti mahu menambah buruk nama Mlesye ini.

     Niat Azy hanya satu. Menjadi pendidik juga ibu angkat pada anggota Tadika Juvana. Seperti kata orang, pejam celik-pejam celik sdah sebulan berlalu. Kenderaan buruk dipandu laju. _ADIK_ JU_ANA. Papan tanda yang berjaya mengaburkan pandangan para penggosip. Kaki Azy sangat tidak sabar melangkah tetapi kakinya mula menjadi berat kerana ada seorang budak perempuan melekat di kakinya. Kaki melangkah dan melangkah walaupun berat budak perempuan tadi masih terasa. Azy menyepak meja berulang kali tetapi kuat sungguh pegangan budak perempuan itu.
     Tiba-tiba tas tangan Azy jatuh. Azy mengambil perlahan. Ketika sedang menunduk kaki Azy ditarik. Jatuh Azy tersembam ke hadapan. Azy memandang keliling. Hanya kanak-kanak comel sedang tersenyum manja. Marah Azy bertukar gembira. Teringin sungguh Azy miliki anak secomel mereka. Salah seorang dari mereka menghulur tangan mahu membantu. Sejuk hati Azy. Azy menyambut perlahan.
     Tanpa sempat Azy mengucap terima kasih tangan Azy terlepas dari genggaman kanak-kanak tadi, sekali lagi Azy terjatuh. Terhantuk kepala Azy pada batu-batu kecil yang entah dari mana datangnya dan bagaimana tiba-tiba ada di situ. Bengang sungguh hati Azy. Tidak sempat Azy memaki, salah seorang dari mereka menangis perlahan. Esakan kanak-kanak sungguh bingit Azy dengar. Azy tahu itu tanda mahu dipujuk. Azy menggagahkan diri bangun memujuk. Hampir setengah jam memujuk barulah kanak-kanak tersebut berhenti menangis.
     Azy hanya tersenyum simpul. Lega rasanya bila berjaya memujuk. Kanak-kanak tadi menghampiri Azy. Menghulur tangan sekali lagi tetapi tiada tanda Azy menyambut. Kanak-kanak itu menunjukkan telapak tangannya yang sengaja disapu bedak. Marak hati Azy. Gunung berapi hati Azy mula memberi tanda mahu meletus dan memberi arahan agar kanak-kanak tadi cepat lari sebelum terkena lava bes cair.
     Azy mencari-cari nombor biliknya. Kunci diambil perlahan dari tas tangan. Berat kepala Azy. Sakit rasanya terhantuk batu sebentar tadi. Azy membuka kunci. Seminit, dua minit, tiga minit. Azy mula naik angin. Kelihatan seperti ada sesuatu di lubang kunci. Chewinggum kering melekat memenuhi lubang kunci. Semakin malam nampaknya. Keadaan sunyi bertambah sejuk dengan angin malam. Azy tahu malam ini hanya koridor tempat dia melepaskan letih mata.
    

     ~ tumoro ~
     Azy mengambil gambar berulang kali. Muka dibelek dengan lebih terperinci. Mekap ditebalkan agar parut-parut jenayah lampau tertutup padat. Kemas. Azy tersenyum lebar. Hari ini sejarah hidupnya yang baru bermula. Mungkin ini kali pertama dan terakhir Azy mengajar. Cuak menyelubungi segenap ruang perasaan namun Azy masih tersenyum dengan harapan kanak-kanak nakal berjaya Azy pondankan.
     Dan kaki melangkah perlahan. Senyuman masih di bibir bila di zoom dekat-dekat ada kerak nasi di bahagian atas bibirnya (Eee). Daun pintu ditolak perlahan dan .............. sungguh memalukan dengan bau yang  hancing. Tumit kasut yang pada mulanya tiga inci menjadi dua. Sebenarnya satu. Berlari kanak-kanak memberi bantuan. Di dalam kekalutan Azy diberi kerusi. Azy duduk. Sakit rasanya bumper besar Azy. Mahu sahaja Azy cabut dan letak di hospital lama-lama dan belajar hidup tanpa bumper yang sering menyusahkan Azy. Basah. Kanak-kanak tadi tertawa besar. Muka Azy merah tanpa blusher. Cepat-cepat Azy bangun. Air sirap merah pekat yang dituang dengan sengajanya sungguh memalukan.
     Tiada mood mahu mengajar apatah lagi berdiri di hadapan kanak-kanak nakal tapi comel. Azy memandang keliling. Kelas yang kosong. Yang ada hanya kerusi kecil warna pink yang dijadikan meja. Buku di hadapan Azy menaikkan kembali mood Azy. “DONT JUDGE BOOK BY HIS COVER.” Pepatah Bi kali ini kena pada batang hidung Azy. Buku A,B,C di hadapannya dengan kulit yang tebal buat Azy berbangga dengan perubahan zaman. Tentu sahaja banyak kandungan yang mampu merubah pemikiran kanak-kanak di hadapannya.
     Buku diselak dan ......... hanya muka surat 27 sahaja yang masih tidak dikoyak dan itupun hanya terdapat gambar bola di atas meja putih di tepi tingkap. Mahu demam Azy dengan apa yang terjadi. Sudahlah bumpernya sakit, sejuk pula. Kasut tumit tadi pula Azy campak dalam tong. Mahal saja tapi tiada kualiti. Hadiah dari suaminya memang semuanya mahal dan tidak berkualiti.
     Wajah-wajah penuh harapan di hadapan Azy buat Azy meneruskan sahaja niat mengajar. “Buka muka surat 27 ya anak-anak”. Berat mulut Azy mahu bercakap sopan. Geleng. Seorang, dua orang, empat orang dan 30 orang. Semuanya menggeleng berulang kali. Azy pergi mendapatkan mereka dan ternyata penderitaan tidak akan berakhir dengan mudah. Buku kanak –kanak tadi hanya punya muka surat 25 dan yang lainnya seperti baru dikoyak sebelum Azy masuk.
     Dengan muka penuh fedup Azy berlari ke bilik Guru Besar. Seperti sudah kanak-kanak tadi agak apa yang akan Azy lakukan. Guru Besar diikat dalam keadaan bilik bersepah dan gelap. Azy membuka ikatan Guru Besar dan apabila suis dipasang ternyata Guru Kecil di hadapannya dengan pelapik dada dipenuhi saliva, lolipop di tangan, tali pinggang separa dada, perut yang bulat, cermin mata besar (yang kononnya style masa kini), dengan jam tangan ben10.
     Azy hanya mampu menggeleng dan maju ke biliknya. Mengemas pakaian dan berharap tidak lagi kembali ke rumah permainan ngeri itu.

Sunday 30 October 2011

Aku sudah memaafkan Kau



To : You

 Aku maafkan kau. Walaupun kau sering malukan aku di hadapan kawan-kawan kau, aku masih maafkan kau. Aku tidak minta apa-apa kerana aku ikhlas memaafkan kau. Tahukah kau banyak air mata yang mengalir kerana kau? Aku masih maafkan kau. Aku tahu aki ditertawakan kau dengan kawan-kawan kau tapi tidak mengapa sebab aku akan terus memaafkan kau. Ingatlah suatu saat nanti jika kau dimalukan dengan perkara yang sangat besar, kau bersabarlah sebab itu hanya balasan kecil di dunia. Jika ada air yang mengalir membasahi pipi keringmu, tempislah dengan lembut kerana apa yang kau tanggisi itu pernah aku tanggisi dulu. Aku mahu kau kuat hadapi apa-apa pun yang terjadi kelak kerana jika aku mampu, aku pasti kau turut mampu hadapinya walaupun perit apa yang terjadi. Jika sempat kau membaca warkah ringkas ini, aku berdoa semoga apa yang aku alami tidak kau alami walaupun aku masih terluka.

Saturday 29 October 2011

Hidayah Allah? Mungkin



   Aiman pernah mimpi. Dikejar anjing liar di alam fantasi red riding hood yang pernah mejadi impian masa kecil. Sebab kecantikkan dunia fantasiyang tiada bandingan, Aiman sanggup digigit anjing. Di dunia nyata juga sama.
Hari ini Aiman mengaji. Hanya membaca rumi agar tidak dimarah abah. Setiap ayat yang tertulis membawa maksud yang mendalam dan akhirnya Aiman kecundang. Menangis hingga merah seluruh muka. Aiman membuka jilbab. Dicampak, dipijak. Frame gambar Aiman berbaju uniform ketika di bangku sekolah patah kaki berserakkan di lantai. Konklusi paling mudah. Diambil kira minda yang singkat. Aiman membuka kotak. Mengetuk bahagian hadapan beulang kali. Nikmat. Aiman lalai. Lupa segala macam hal.
‘Oucch!’ Aiman merenggus geram. Putung rokok tepat ke paha gebunya. Aiman menyumpah di dalam hati. Sakit rasanya apa yang dia alami. Kepulan asap membentuk perawan manis dengan lesung pipit yang dalam. Aiman seperti di syurga. Permandangan yang cantik begitu memukau Aiman. Seperti mahu terkeluar anak mata biru Aiman. Tiap kali dimarahi ibu kerana kontek lensnya yang biru pasti ada sahaja alasannya. ‘Aina suka biru’ ‘Warna lain terlalu gelap’ ‘Matanya akan tumbuh ketumbit jika memakai warna lain’
‘Itu baru api dunia’ kata perawan manis yang kemudiaanya hilang di balik cahaya terang. Keadaan kembali riuh dan tiada lagi permandangan indah syurga. Aiman sekali lagi kecundang. Titisan air yang mengalir menjadi lebat. Dipandang pahanya yang berbulu. Memang Aiman sengaja tanam bulu-bulu itu. Katanya lelaki berbulu digilai ramai gadis.
‘Aina, nak ke mana?’
‘Jumpa kawan mak.’ Aiman menjawab. Zaiton terkesima. Bukan kerana Aiman berbaju kurung tetapi kerana ini kali pertama Aiman menjawab soalannya dengan sopan. Hidayah Allah sudah turun kepadanya. Mungkin.

Derita sang pencinta


Lahir tidak cukup bulan punca Ani tidak boleh berjalan. Kekuatan tulang yang terlalu lemah buat keluarga resah. Namun segalanya hanya sementara apabila bapa saudara Ani menggunakan buluh sebagai ikhtiar terakhir. Ani mula belajar berjalan menggunakan buluh yang diikat di kaki. Ikhtiar tanpa kenal erti putus asa akhirnya berjaya dan Ani sudah mampu berjalan. Ani tinggal bersama atuk dan neneknya. Rutin harian Ani hanyalah menemani atuknya ke surau membentang sejadah. Sikap menurut kata tanpa ragam buat Ani disayangi atuknya tetapi nenek Ani sering mengabaikannya. Akan tetapi mereka seperti sebuah keluarga bahagia. Ani mempunyai tujuh adik beradik. Ayahnya bekerja sebagai anggota polis di Tapah. Adik beradik Ani yang lainnya tinggal bersama kedua ibu bapanya.
Ketika umur Ani mengjangkau tujuh tahun, Ani dihantar ke rumah keluarganya. Gara-gara tidak mahu merenggangkan hubungan Ani sekeluarga, atuknya berat memberikannya semula kepada kedua ibu bapanya. Sungguh berat rasa hati memulangkan Ani sedangkan sudah tujuh tahun dia menjaga, memberi kasih sayang dan sanggup berkorban nyawa demi Ani.
Ani memanggil ibunya makcik angkara tidak biasa. Ani terpaksa mengambil masa untuk rapat dengan keluarganya. Terbelit lidah Ani mahu memanggil nama mak juga berat bibir Ani untuk membiasakannya. Bukan mahu membuka aib sesiapa, tetapi Ani memang tidak disukai ibunya. “ Kau berhentilah pukul Ani. Kalau kau benci sangat kat dia, kau bunuhlah dia terus.” Begitulah kata-kata atuk Ani sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Betapa berat mata memandang Ani yang sering dipukul. Walaupun dibenci ibunya, kasih sayang seorang bapa tetap Ani perolehi. Bapa Ani terlalu sayangkan Ani berbeza dari anak-anaknya yang lain.
Akan tetapi Allah lebih sayangkan bapa Ani. Ani terpaksa berpisah dengan bapa kesayangannya. Seorang-seorang yang Ani sayangi pergi meninggalkan Ani. Bermulalah kehidupaan Ani menghadapi pelbagai dugaan hidup. Walaaupun sering dipukul, sedikitpun Ani tidak menyimpan dendam terhadap ibunya malah Ani menjadi semakin sayang. Ani tahu dia tiada sesiapa melainkan ibunya dan kegigihan ibunya menjaga dia dan adik beradik lainnya membuatkan dia mahu membalas segala jasa ibunya. Bagi Ani kasih sayang ibunya pada dia masih ada jika ibunya diberi peluang.
Ani mempunyai kawan baik. Anisah namanya. Keakraban mereka sudah seperti adik beradik. Kemana sahaja pasti bersama. Ani berasa sangat gembira mengenali Nisah. Nisah seorang gadis yang gemuk. Sering Nisah dijadikan bahan kutukan rakan lainnya. Sebagai seorang gadis manis dan disukai ramai, Nisah sering dibanding-bandingkan dengan Ani. Perbezaan mereka memang ketara tapi Ani tidak pernah menyakiti Nisah. Ketika Ani mahu kahwin, Nisahh menjadi sangat tertekan. Dia mula berasakan yang dirinya hodoh dan tidak akan pernah disukai. Anisah akhirnya mengambil keputusan menguruskan badan. Namun Allah lebih menyayanginya. Anisah pergi meninggalkan Ani.
Kehidupan rumah tangga yang tidak pernah bahagia buat Ani kuat. Ani menjalani liku-liku hidupnya yang berat. Menjadi seorang isteri yang tabah demi menjaga anak-anak. Kasih sayang suaminya yang pasang surut begitu menguji kesabaran Ani. Cinta Ani seperti tidak tahu hujung pangkalnya. Terlalu banyak liku hidup berumahtangga yang kena Ani hadapi. Saat ini Ani hanya mendiamkan diri. Aku dapat rasakan masih ada rahsia yang Ani simpankan. Hanya mereka yang kahwin dengan bukan pilihan hati sahaja yang tahu berat pengalaman Ani. Aku dapat rasakan Ani disayangi Allah memandangkan kehidupannya yang sering diuji.
Di hujung-hujung umur ibu Ani, ibunya hanya memanggil-manggil nama Ani. Seperti ibunya tahu betapa besar ujian Ani hadapi selama bersamanya. Tiada dendam mahupun benci walaupun sekelumit.. Menjaga ibunya di saat terakhir buat Ani rasa gembira kerana selama ini Ani tidak pernah merasa menjaga ibunya dan berkasih sayang. Tapi kasih sayang Ani lemparkan hanya sementara. Akhirnya ibunya meninggalkan Ani. Tiada siapa Ani miliki kecuali adik beradik lainnya. Ani memaafkan ibunya dengan ikhlas.

ADIK-BERADIK



       Sedia. Aku membuka bekas popkon. Satu, dua. Liat. Melekat di celahan gigi kuning. Bukan Soffi tidak mampu membeli ubat gigi Cuma bulan ni bajet lari. Selimut ditarik perlahan. Malamm sungguh dingin. Air gas dihirup perlahan.
‘Semut hurung air kencing kau baru tahu’.
Ayat-ayat mak tak keluar dari otak keras aku walaupun sudah seribu kali botol kaca hinggap di dahi. Mak memang psycho. ‘Tidak terasa mahu kencing’. Aku tersengih. Pasti buah pinggang aku berlubang dek buih-buih gas yang dicipta tanpa resipi oleh manusia tanpa agama, berkulit putih dengan bebintik merah.
Aku menekan punat play. Selimut ditarik paras mata. Sundel bolong paling aku kagum. Namun rupanya tak pernah Berjaya aku tonton.
‘degangg!’
‘aarghh...’. selimut memenuhi ruang badan. Aku menggigil perlahan. Bunyi kunci sayup-sayup kedengaran di dapur. Ketakutan berubah rupa. Pelik menguasai diri. Alif menangis. Dicampak rambut ke lantai. Dibaling sepatu tinggi. Dikoyak dress hitamnya. Alif mencurah cecair putih ke mukanya. Mungkin asid. Alif menangis dan menangis. ‘Orang cakap aku tak cantik...!’. Alif menjerit. Deras air yang mengalir tidak aku layan. Memang patut tak cantik. Lemak yang menggelebeh terlalu overdose. Identiti di ic dan rupa yang berbeza memaksa aku tanggung makan minum Alif. ‘Huh! Alif tak akan pernah dapat kerja’. Aku biarkan Alif merenung nasib malangnya.
Cantik...’ Akhirnya rupa sundel bolong berjaya aku ratapi. Secantik rupa sundal malam. ‘Adik-beradik’. Alif menyampuk.

EXAM FEVER



Empat dinding bercorak tapak kasut
Berduyun askar yang dahagakan kayu
Beberapa kertas coklat tebal yang pasti direbut si pnidur kaki lima
Benar-benar meruntuhkan emosi aku yang sedari tadi dicas bertalu-talu eletrik bervoltan tinggi.
Zoo yang riuh dek
Harimau gila betina,
Moyet-monyet si pencuri,
Burung-burung tonggek, dan
Pengembala-pengembala kambing memegang seurat kayu memerah keringat kering mengejar cipanzi-cipanzi penghisap Marlboro kini sepi dilanda garuda.
Si penghuni zoo mati kata-kata berhadapan nyawa masa depan seraya mula berbisik perlahan pada tangan yang diangkat separa dada membuat hajat yang pelbagai.

Insiden Chewing-gum


insiden perut dipenuhi gas tahun lalu antara punca cinggam Bebi tolak jauh-jauh. Trauma rasanya ingin menghadap benda alah itu lagi. Apatah lagi memasukkannya ke dalam mulut. Seperti menggantung diri sahaja. Rasa enak sementara hanya satu penipuan besar. Seperti sengaja mahu menipu agar yang tertipu membeli dan kemudiannya menyesal. Segalanya angkara malas lakukan 3 langkah mudah koyak kertas, ludah, dan buang. Bebi mengambil keputusan terus mengunyah dan mengunyah. Tiada sebarang rasa. Seperti mengunyah garis-garis buku nota.
“Bebi, saya nak bawa awak pergi tengok tempat yang paling indah. Sesuai untuk kapel baru macam kita” menyesal Bebi terima lamaran Mader. Bebi tidak cintakan Mader. Bebi hanya kasihan melihat Mader merayu. Sebenarnya Bebi tak mahu Mader terus melutut sebab Bebi tahu Mader sakit lutut. Bebi mencari sejuta macam alasan agar perlawaan Mader ditolak tanpa menyakiti Mader. Bebi bukan apa, Bebi sudah bosan dengan tempat menarik yang Mader gembar-gemburkan. Dalam sepuluh tempat menarik, hanya satu yang menarik. Itupun hanya di tepi pantai. Yang lainnya seperti di kawasan purba sahaja. Low sungguh taste Mader.
Bebi mula mencari alasan. Alasan moyang sakit, adik sedang tidur, polis depan rumah juga tangki air pecah satu pun Mader tidak terima. Perlawaan makan angin buat Bebi trauma mahu mendengarnya. Bebi mencuri cinggam adik. Dia kunyah dan kunyah tanpa sebarang kegusaran lagi. Bebi tidak perlu lagi risau perut kembung atau mati tanpa sempat mengucap. Bebi hanya tersenyum dengan coke di tangan dan tidak perlu lagi keluar makan angin. Bahagianya bila bebas dari Mader.

Saturday 22 October 2011

DERITA SANG PENCINTA


    Tiada apa yang lebih sedih dari dipaksa kahwin. Kisah ini buat aku rasa takut untuk bercinta. Sering aku ingatkan diri sendiri bahawa jodoh bukan ditentukan kita. Cinta yang aku alami sekarang hampir sama dengan cinta Ani. Aku miliki kekasih sebaik dan semanis kekasih Ani dahulunya. Tidak kisahlah apa akan terjadi masa hadapan, aku tetap akan menghargai dia selagi aku masih bersama dia. Aku tidak mahu terkilan jika tidak sempat menghargai dia. Selagi kisah Ani aku ingat, selagi itu dia tetap akan aku kasihi.

   Ani. Orang yang paling aku kasihi. Paling aku sayangi. Aku hebat sebab aku fahami dia. Tiada yang lebih sengsara dari mendapat suami yang tidak mencintai dia. Dulunya Ani ada kekasih hati. Sudah bertahun lamanya cinta mereka terpatri. Perkenalan yang dirancang keluarga seolah-olah mendapat restu bila mereka terlalu bahagia. Kebaikan Man tidak dapat Ani gambarkan. Man tidak pernah menyentuh Ani secara sengaja mahupun tidak sengaja. Man terlalu Ani kasihi. Namun segalanya musnah bila masa mula berlalu pantas dan usia berinjak dewasa. Andai sahaja kasih sayang Man tidak terlalu kuat sudah tentu sekarang Ani menikmati kasih sayang seperti yang diidamkan. Hanya gara-gara tidak mahu meninggalkan Ani, Man tidak mahu mencari kerja meskipun sering dipaksa. Man memang anak orang kaya namun Man tersalah langkah bila Ani hanya Man jaga tanpa mengikat Ani sebagai tunangnya. Bila sudah terlalu banyak lamaran yang ditolak dan orang kampung mula membuka bicara segalanya mula berubah. "Kalau Man tak mahu cari kerja, aku nak kau terima sahaja lamaran sesiapa je lepas ni! Memang harta keluarga dia tujuh keturunan pun tak akan habis tapi gunung pun kalau ditarah sikit-sikit, lama-lama pun boleh rata!" Kata-kata mak Ani sentiasa segar di ingatan. Dan angkara terlambat hanya seminit, Ani dipaksa menerima lamaran Nor dan lamaran terlewat seminit Man terpaksa Ani tolak. Ani pernah ajak Man lari angkara tidak pernah mengenali Nor tetapi kerana menghormati mak Ani, Man menolak cadangan Ani. Ani terpaksa berkahwin dengan Nor tanpa mengenalinya. Tiga bulan Ani tidak berani memandang Nor. Kehidupan keluarga Nor yang angkuh buat Ani tidak selesa. Ani dikurung gara-gara keluarga mertuanya tidak mahu dia bergaul dengan jiran-jiran. Tidak sampai seminggu berkahwin, pergaduhan berlaku. Seksanya Ani menghadapi hidup barunya. Hanya aku tahu aliran hidup Ani yang dari kecil yang sering dimaki hingga usianya mencecah 58 tahun. Sehingga sekarang Ani tidak bahagia.Cukuplah setakat ini. Memori Ani masih kecil akan aku kongsikan kelak.

BILA CERITA LAIN BEST



     kosong campur sepi. bukan rumah kak milah yang baru kehilangan suami ataupun kandang yang sepi lepas raya haji tetapi meja sepi dengan kerusi kosong. entah kenapa kedai ini aku pilih sedangkan air pun aku tak order.makan? kelihatan perut aku masih penuh dengan maggi kembang.tiada yang menarik.hanya lampu malap dengan tivi kecil.aku tak rasa segalanya angkara buatan orang mahupun rintik rahmat percuma dari atas. meskipun kaki seluar di lipat atas tetap sahaja meriah. bukan sini tetapi keadaan di belakang. hanya muka pucat yang aku lihat dengan tubuh yang menghadap ke belakang. aku tahu tuan kedai marah bila meja dia hanya aku tempah angkara kedai belakang penuh. ya! siaran tivi kedai belakang lebih menarik dengan teriakan hantu indonesia.

Friday 21 October 2011

BELLA DI MARKET

      Ibu, Bella lapar!
Bella menyondol ibunya beberapa kali. Mengharap makanan dihidang di hadapan muka.
      palk ! bagai impian jadi kenyataan. Seekor ikan dengan perut terburai jatuh dihadapan mata. Dengan tangkas Bella menerkam. Gegel menyondol anaknya hingga jatuh ke dalam lecak. Bella mengesot lemah dengan harapan simpati diberi. Gegel berubah. Akhir-akhir ini hubungan ibu dan anak itu semakin renggang. Gegel dengan hidup liarnya. Tidak balik ke kotak meninggalkan Bella sendirian dengan suasana dingin malam. Setiap malam harapan Bella tetap sama dibelai lembut dengan sedikit rasa tajam kuku enggaru-garu. Berasa kehangatan suhu badan Yaya dan bangun saat matahari memunculkan diri. Bunyi nyaring siren aedes serta bising masyarakat market mematikan mood Bella. Bella menggeliat. Melentokkan tulang badan beberapa kali. Bella bergegas ke tong sampah. Saiznya yang kecil menyukarkan dia mencari rezeki tiap hari. Andai saja dia tidak muntah di tilam , sepahkan rak baju dan melabur di bilik tentu sahaja saat ini dia sedang menikmati sarapan pagi dengan susu yang berkhasiat.

ANGKARA PEN

Add caption


   Dulunya pen pun tidak pandai Adyna pegang. Sering dimaki sering sahaja adyna tak reti. Tulisan tangan Adyna sering menjadi punca kanak-kanak sebaya putus kepala, hilang tangan. Pernah menjadi sejarah dunia seorang murid dipukul pembaris.
   Hari ini si panas baran masih di tempat sama, disebalik tirai besi  meskipun sudah punyai cicit. Panggilan “cicit” sesuai untuk si kecil  manis peminat gulu-gula. Cicit si panas baran yang termuda kini sudah berumur 20 tahun. Adyna berharap umur si panas baran pendek.
   Sudah 30 tahun berlalu. Adyna kini peminat pen. Hampir 50, 000 batang pen menjadi koleksi peribadinya. Sudah 30 tahun juga  Adyna tidak tahu cerita si panas baran. Tertera indah di muka depan akhbar “ Adyna penulis termuda”. Adyna tersenyum bangga. Senyuman bangga bertukar puas apabila selakan kedua tertera “ Angkara pen akhir di tali gantung”

IMPIAN BESAR TUMES



Banglo-banglo mewah di serata tempat bukan antara tanda dunia semakin maju malah sebaliknya. Tiada lagi dedaunan hijau sebagai peneduh. Tiada lagi bukit-bukau penambah seri. Hujan semakin lebat. Banjir semakin menjadi-jadi. Tiada apa yang menggembirakan bagi aku ahli geografi. Rindu rasanya keindahan alam zaman hitam putih. Bagunan-bagunan pencakar langit menambah pulau-pulau buatan. Aku hanya mampu melihat perubahan arus dunia. Tiada mampu aku berbicara. Kerdilnya aku membuka rencana. Andai sahaja aku antara pemilik banglo-banglo mewah. Woah... tetapi adakah mereka untuk hadir sebagai tetamu? Atau mungkin banglo mewah hanya akan terus menjadi sepi? Tiada apa yang mustahil bagi aku yang kerdil. Atau mungkin banglo mewah aku hanya akan melariskan akhbar-akhbar tempatan. Jika aku mampu memiliki banglo mewah pasti sahaja tiada sabar aku menerima tetamu. Tetapi...tentu sahaja tetamu pulang jika mereka tidak melihat aku dan hanya menunggu air sebagai penghilang dahaga. Jika aku memberi alasan cawan berat adakah mereka terima? Atau aku hanya mmberi cawan kerdil yang hanya akan hilang cecair dalamnya dibawa angin? Hati aku berat untuk memiliki banglo mewah itu. Andai sahaja aku tidak sekerdil semut.

MALAM HARI PENGKARYA





Malam hari dengan alunan bunyi rintik hujan membasahi segenap ruang bumi begitu tenang dihayati. Tidak kurang bunyi nyaring cencurut gatal serta cicak berborak nakal. Nadia menekup muka dengan bantal. Berharap tidak mendengar gosip murahan cik cicak janda. Dikuatkan volume walkman. Lagu-lagu regae sungguh enak dibuat teman tidur, alunan bunyi seruling menambah seri suasana dingin malam hari. Namun segala keindahan seperti ditarik balik. Hanya sempat dihayati sesaat. Mungkin Nadia antara yang bertuah. Tiada yang mustahil pada malam suku pagi. Bantal dialih perlahan. Argh! Sungguh kuat bicara sang cicak. Nadia duduk. Dipusing kepalanya 360 darjah ke utara. Bunyi guruh yang gagah berulang kali memberi tanda seluruh alam hampir diconquer si syaitan durjana. Walkman ditutup. Bunyi sayup kipas selama ini sungguh kuat di malam hari. Sedikit menggangu suasana sepi. Nadia kembali berbaring. Selimut ditarik perlahan dengan penuh harapan. Mata yang berat sedikit menggembirakan. Kaki yang malas memberi senyuman. Tiga minit berlalu. Nadia menghempas selimut ke bawah, bantal-bantal pecah jahitannya. Kaki malas melangkah laju ke dapur. Dan........secawan susu berjaya dihasilkan. Nadia mula lesu. Dibuai mimpi-mimpi indah tanpa merasa hangatnya mentari. Nadia tahu semalam hari akhir dia bekerja. Nadia tersenyum dalam lena tidak sabar menggu notis 24 jam.