Monday 7 November 2011

TADIKA JUVANA



     Pada mulanya dapat sahaja tawaran kerja di Tadika Juvana, Azy sangat teruja. Sebulan sebelum Azy sudah packing barang. Mak merajuk. Kata mak, Azy tak sabar nak tinggalkan mak. Azy buat derk jew. Suami Azy berani diam je. Memandangkan Azy tiada anak, Azy sangat tidak sabar mahu menumpang didik anak orang. Azy mahu tunjukkan kat dunia yang tadika Juvana bukanlah seteruk yang diceritakan di akhbar-akhbar tempatan. Sudahlah hanya ada di Mleysye, akhbar-akhbar tempatan seperti mahu menambah buruk nama Mlesye ini.

     Niat Azy hanya satu. Menjadi pendidik juga ibu angkat pada anggota Tadika Juvana. Seperti kata orang, pejam celik-pejam celik sdah sebulan berlalu. Kenderaan buruk dipandu laju. _ADIK_ JU_ANA. Papan tanda yang berjaya mengaburkan pandangan para penggosip. Kaki Azy sangat tidak sabar melangkah tetapi kakinya mula menjadi berat kerana ada seorang budak perempuan melekat di kakinya. Kaki melangkah dan melangkah walaupun berat budak perempuan tadi masih terasa. Azy menyepak meja berulang kali tetapi kuat sungguh pegangan budak perempuan itu.
     Tiba-tiba tas tangan Azy jatuh. Azy mengambil perlahan. Ketika sedang menunduk kaki Azy ditarik. Jatuh Azy tersembam ke hadapan. Azy memandang keliling. Hanya kanak-kanak comel sedang tersenyum manja. Marah Azy bertukar gembira. Teringin sungguh Azy miliki anak secomel mereka. Salah seorang dari mereka menghulur tangan mahu membantu. Sejuk hati Azy. Azy menyambut perlahan.
     Tanpa sempat Azy mengucap terima kasih tangan Azy terlepas dari genggaman kanak-kanak tadi, sekali lagi Azy terjatuh. Terhantuk kepala Azy pada batu-batu kecil yang entah dari mana datangnya dan bagaimana tiba-tiba ada di situ. Bengang sungguh hati Azy. Tidak sempat Azy memaki, salah seorang dari mereka menangis perlahan. Esakan kanak-kanak sungguh bingit Azy dengar. Azy tahu itu tanda mahu dipujuk. Azy menggagahkan diri bangun memujuk. Hampir setengah jam memujuk barulah kanak-kanak tersebut berhenti menangis.
     Azy hanya tersenyum simpul. Lega rasanya bila berjaya memujuk. Kanak-kanak tadi menghampiri Azy. Menghulur tangan sekali lagi tetapi tiada tanda Azy menyambut. Kanak-kanak itu menunjukkan telapak tangannya yang sengaja disapu bedak. Marak hati Azy. Gunung berapi hati Azy mula memberi tanda mahu meletus dan memberi arahan agar kanak-kanak tadi cepat lari sebelum terkena lava bes cair.
     Azy mencari-cari nombor biliknya. Kunci diambil perlahan dari tas tangan. Berat kepala Azy. Sakit rasanya terhantuk batu sebentar tadi. Azy membuka kunci. Seminit, dua minit, tiga minit. Azy mula naik angin. Kelihatan seperti ada sesuatu di lubang kunci. Chewinggum kering melekat memenuhi lubang kunci. Semakin malam nampaknya. Keadaan sunyi bertambah sejuk dengan angin malam. Azy tahu malam ini hanya koridor tempat dia melepaskan letih mata.
    

     ~ tumoro ~
     Azy mengambil gambar berulang kali. Muka dibelek dengan lebih terperinci. Mekap ditebalkan agar parut-parut jenayah lampau tertutup padat. Kemas. Azy tersenyum lebar. Hari ini sejarah hidupnya yang baru bermula. Mungkin ini kali pertama dan terakhir Azy mengajar. Cuak menyelubungi segenap ruang perasaan namun Azy masih tersenyum dengan harapan kanak-kanak nakal berjaya Azy pondankan.
     Dan kaki melangkah perlahan. Senyuman masih di bibir bila di zoom dekat-dekat ada kerak nasi di bahagian atas bibirnya (Eee). Daun pintu ditolak perlahan dan .............. sungguh memalukan dengan bau yang  hancing. Tumit kasut yang pada mulanya tiga inci menjadi dua. Sebenarnya satu. Berlari kanak-kanak memberi bantuan. Di dalam kekalutan Azy diberi kerusi. Azy duduk. Sakit rasanya bumper besar Azy. Mahu sahaja Azy cabut dan letak di hospital lama-lama dan belajar hidup tanpa bumper yang sering menyusahkan Azy. Basah. Kanak-kanak tadi tertawa besar. Muka Azy merah tanpa blusher. Cepat-cepat Azy bangun. Air sirap merah pekat yang dituang dengan sengajanya sungguh memalukan.
     Tiada mood mahu mengajar apatah lagi berdiri di hadapan kanak-kanak nakal tapi comel. Azy memandang keliling. Kelas yang kosong. Yang ada hanya kerusi kecil warna pink yang dijadikan meja. Buku di hadapan Azy menaikkan kembali mood Azy. “DONT JUDGE BOOK BY HIS COVER.” Pepatah Bi kali ini kena pada batang hidung Azy. Buku A,B,C di hadapannya dengan kulit yang tebal buat Azy berbangga dengan perubahan zaman. Tentu sahaja banyak kandungan yang mampu merubah pemikiran kanak-kanak di hadapannya.
     Buku diselak dan ......... hanya muka surat 27 sahaja yang masih tidak dikoyak dan itupun hanya terdapat gambar bola di atas meja putih di tepi tingkap. Mahu demam Azy dengan apa yang terjadi. Sudahlah bumpernya sakit, sejuk pula. Kasut tumit tadi pula Azy campak dalam tong. Mahal saja tapi tiada kualiti. Hadiah dari suaminya memang semuanya mahal dan tidak berkualiti.
     Wajah-wajah penuh harapan di hadapan Azy buat Azy meneruskan sahaja niat mengajar. “Buka muka surat 27 ya anak-anak”. Berat mulut Azy mahu bercakap sopan. Geleng. Seorang, dua orang, empat orang dan 30 orang. Semuanya menggeleng berulang kali. Azy pergi mendapatkan mereka dan ternyata penderitaan tidak akan berakhir dengan mudah. Buku kanak –kanak tadi hanya punya muka surat 25 dan yang lainnya seperti baru dikoyak sebelum Azy masuk.
     Dengan muka penuh fedup Azy berlari ke bilik Guru Besar. Seperti sudah kanak-kanak tadi agak apa yang akan Azy lakukan. Guru Besar diikat dalam keadaan bilik bersepah dan gelap. Azy membuka ikatan Guru Besar dan apabila suis dipasang ternyata Guru Kecil di hadapannya dengan pelapik dada dipenuhi saliva, lolipop di tangan, tali pinggang separa dada, perut yang bulat, cermin mata besar (yang kononnya style masa kini), dengan jam tangan ben10.
     Azy hanya mampu menggeleng dan maju ke biliknya. Mengemas pakaian dan berharap tidak lagi kembali ke rumah permainan ngeri itu.

No comments: