Sunday 30 October 2011

Aku sudah memaafkan Kau



To : You

 Aku maafkan kau. Walaupun kau sering malukan aku di hadapan kawan-kawan kau, aku masih maafkan kau. Aku tidak minta apa-apa kerana aku ikhlas memaafkan kau. Tahukah kau banyak air mata yang mengalir kerana kau? Aku masih maafkan kau. Aku tahu aki ditertawakan kau dengan kawan-kawan kau tapi tidak mengapa sebab aku akan terus memaafkan kau. Ingatlah suatu saat nanti jika kau dimalukan dengan perkara yang sangat besar, kau bersabarlah sebab itu hanya balasan kecil di dunia. Jika ada air yang mengalir membasahi pipi keringmu, tempislah dengan lembut kerana apa yang kau tanggisi itu pernah aku tanggisi dulu. Aku mahu kau kuat hadapi apa-apa pun yang terjadi kelak kerana jika aku mampu, aku pasti kau turut mampu hadapinya walaupun perit apa yang terjadi. Jika sempat kau membaca warkah ringkas ini, aku berdoa semoga apa yang aku alami tidak kau alami walaupun aku masih terluka.

Saturday 29 October 2011

Hidayah Allah? Mungkin



   Aiman pernah mimpi. Dikejar anjing liar di alam fantasi red riding hood yang pernah mejadi impian masa kecil. Sebab kecantikkan dunia fantasiyang tiada bandingan, Aiman sanggup digigit anjing. Di dunia nyata juga sama.
Hari ini Aiman mengaji. Hanya membaca rumi agar tidak dimarah abah. Setiap ayat yang tertulis membawa maksud yang mendalam dan akhirnya Aiman kecundang. Menangis hingga merah seluruh muka. Aiman membuka jilbab. Dicampak, dipijak. Frame gambar Aiman berbaju uniform ketika di bangku sekolah patah kaki berserakkan di lantai. Konklusi paling mudah. Diambil kira minda yang singkat. Aiman membuka kotak. Mengetuk bahagian hadapan beulang kali. Nikmat. Aiman lalai. Lupa segala macam hal.
‘Oucch!’ Aiman merenggus geram. Putung rokok tepat ke paha gebunya. Aiman menyumpah di dalam hati. Sakit rasanya apa yang dia alami. Kepulan asap membentuk perawan manis dengan lesung pipit yang dalam. Aiman seperti di syurga. Permandangan yang cantik begitu memukau Aiman. Seperti mahu terkeluar anak mata biru Aiman. Tiap kali dimarahi ibu kerana kontek lensnya yang biru pasti ada sahaja alasannya. ‘Aina suka biru’ ‘Warna lain terlalu gelap’ ‘Matanya akan tumbuh ketumbit jika memakai warna lain’
‘Itu baru api dunia’ kata perawan manis yang kemudiaanya hilang di balik cahaya terang. Keadaan kembali riuh dan tiada lagi permandangan indah syurga. Aiman sekali lagi kecundang. Titisan air yang mengalir menjadi lebat. Dipandang pahanya yang berbulu. Memang Aiman sengaja tanam bulu-bulu itu. Katanya lelaki berbulu digilai ramai gadis.
‘Aina, nak ke mana?’
‘Jumpa kawan mak.’ Aiman menjawab. Zaiton terkesima. Bukan kerana Aiman berbaju kurung tetapi kerana ini kali pertama Aiman menjawab soalannya dengan sopan. Hidayah Allah sudah turun kepadanya. Mungkin.

Derita sang pencinta


Lahir tidak cukup bulan punca Ani tidak boleh berjalan. Kekuatan tulang yang terlalu lemah buat keluarga resah. Namun segalanya hanya sementara apabila bapa saudara Ani menggunakan buluh sebagai ikhtiar terakhir. Ani mula belajar berjalan menggunakan buluh yang diikat di kaki. Ikhtiar tanpa kenal erti putus asa akhirnya berjaya dan Ani sudah mampu berjalan. Ani tinggal bersama atuk dan neneknya. Rutin harian Ani hanyalah menemani atuknya ke surau membentang sejadah. Sikap menurut kata tanpa ragam buat Ani disayangi atuknya tetapi nenek Ani sering mengabaikannya. Akan tetapi mereka seperti sebuah keluarga bahagia. Ani mempunyai tujuh adik beradik. Ayahnya bekerja sebagai anggota polis di Tapah. Adik beradik Ani yang lainnya tinggal bersama kedua ibu bapanya.
Ketika umur Ani mengjangkau tujuh tahun, Ani dihantar ke rumah keluarganya. Gara-gara tidak mahu merenggangkan hubungan Ani sekeluarga, atuknya berat memberikannya semula kepada kedua ibu bapanya. Sungguh berat rasa hati memulangkan Ani sedangkan sudah tujuh tahun dia menjaga, memberi kasih sayang dan sanggup berkorban nyawa demi Ani.
Ani memanggil ibunya makcik angkara tidak biasa. Ani terpaksa mengambil masa untuk rapat dengan keluarganya. Terbelit lidah Ani mahu memanggil nama mak juga berat bibir Ani untuk membiasakannya. Bukan mahu membuka aib sesiapa, tetapi Ani memang tidak disukai ibunya. “ Kau berhentilah pukul Ani. Kalau kau benci sangat kat dia, kau bunuhlah dia terus.” Begitulah kata-kata atuk Ani sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Betapa berat mata memandang Ani yang sering dipukul. Walaupun dibenci ibunya, kasih sayang seorang bapa tetap Ani perolehi. Bapa Ani terlalu sayangkan Ani berbeza dari anak-anaknya yang lain.
Akan tetapi Allah lebih sayangkan bapa Ani. Ani terpaksa berpisah dengan bapa kesayangannya. Seorang-seorang yang Ani sayangi pergi meninggalkan Ani. Bermulalah kehidupaan Ani menghadapi pelbagai dugaan hidup. Walaaupun sering dipukul, sedikitpun Ani tidak menyimpan dendam terhadap ibunya malah Ani menjadi semakin sayang. Ani tahu dia tiada sesiapa melainkan ibunya dan kegigihan ibunya menjaga dia dan adik beradik lainnya membuatkan dia mahu membalas segala jasa ibunya. Bagi Ani kasih sayang ibunya pada dia masih ada jika ibunya diberi peluang.
Ani mempunyai kawan baik. Anisah namanya. Keakraban mereka sudah seperti adik beradik. Kemana sahaja pasti bersama. Ani berasa sangat gembira mengenali Nisah. Nisah seorang gadis yang gemuk. Sering Nisah dijadikan bahan kutukan rakan lainnya. Sebagai seorang gadis manis dan disukai ramai, Nisah sering dibanding-bandingkan dengan Ani. Perbezaan mereka memang ketara tapi Ani tidak pernah menyakiti Nisah. Ketika Ani mahu kahwin, Nisahh menjadi sangat tertekan. Dia mula berasakan yang dirinya hodoh dan tidak akan pernah disukai. Anisah akhirnya mengambil keputusan menguruskan badan. Namun Allah lebih menyayanginya. Anisah pergi meninggalkan Ani.
Kehidupan rumah tangga yang tidak pernah bahagia buat Ani kuat. Ani menjalani liku-liku hidupnya yang berat. Menjadi seorang isteri yang tabah demi menjaga anak-anak. Kasih sayang suaminya yang pasang surut begitu menguji kesabaran Ani. Cinta Ani seperti tidak tahu hujung pangkalnya. Terlalu banyak liku hidup berumahtangga yang kena Ani hadapi. Saat ini Ani hanya mendiamkan diri. Aku dapat rasakan masih ada rahsia yang Ani simpankan. Hanya mereka yang kahwin dengan bukan pilihan hati sahaja yang tahu berat pengalaman Ani. Aku dapat rasakan Ani disayangi Allah memandangkan kehidupannya yang sering diuji.
Di hujung-hujung umur ibu Ani, ibunya hanya memanggil-manggil nama Ani. Seperti ibunya tahu betapa besar ujian Ani hadapi selama bersamanya. Tiada dendam mahupun benci walaupun sekelumit.. Menjaga ibunya di saat terakhir buat Ani rasa gembira kerana selama ini Ani tidak pernah merasa menjaga ibunya dan berkasih sayang. Tapi kasih sayang Ani lemparkan hanya sementara. Akhirnya ibunya meninggalkan Ani. Tiada siapa Ani miliki kecuali adik beradik lainnya. Ani memaafkan ibunya dengan ikhlas.

ADIK-BERADIK



       Sedia. Aku membuka bekas popkon. Satu, dua. Liat. Melekat di celahan gigi kuning. Bukan Soffi tidak mampu membeli ubat gigi Cuma bulan ni bajet lari. Selimut ditarik perlahan. Malamm sungguh dingin. Air gas dihirup perlahan.
‘Semut hurung air kencing kau baru tahu’.
Ayat-ayat mak tak keluar dari otak keras aku walaupun sudah seribu kali botol kaca hinggap di dahi. Mak memang psycho. ‘Tidak terasa mahu kencing’. Aku tersengih. Pasti buah pinggang aku berlubang dek buih-buih gas yang dicipta tanpa resipi oleh manusia tanpa agama, berkulit putih dengan bebintik merah.
Aku menekan punat play. Selimut ditarik paras mata. Sundel bolong paling aku kagum. Namun rupanya tak pernah Berjaya aku tonton.
‘degangg!’
‘aarghh...’. selimut memenuhi ruang badan. Aku menggigil perlahan. Bunyi kunci sayup-sayup kedengaran di dapur. Ketakutan berubah rupa. Pelik menguasai diri. Alif menangis. Dicampak rambut ke lantai. Dibaling sepatu tinggi. Dikoyak dress hitamnya. Alif mencurah cecair putih ke mukanya. Mungkin asid. Alif menangis dan menangis. ‘Orang cakap aku tak cantik...!’. Alif menjerit. Deras air yang mengalir tidak aku layan. Memang patut tak cantik. Lemak yang menggelebeh terlalu overdose. Identiti di ic dan rupa yang berbeza memaksa aku tanggung makan minum Alif. ‘Huh! Alif tak akan pernah dapat kerja’. Aku biarkan Alif merenung nasib malangnya.
Cantik...’ Akhirnya rupa sundel bolong berjaya aku ratapi. Secantik rupa sundal malam. ‘Adik-beradik’. Alif menyampuk.

EXAM FEVER



Empat dinding bercorak tapak kasut
Berduyun askar yang dahagakan kayu
Beberapa kertas coklat tebal yang pasti direbut si pnidur kaki lima
Benar-benar meruntuhkan emosi aku yang sedari tadi dicas bertalu-talu eletrik bervoltan tinggi.
Zoo yang riuh dek
Harimau gila betina,
Moyet-monyet si pencuri,
Burung-burung tonggek, dan
Pengembala-pengembala kambing memegang seurat kayu memerah keringat kering mengejar cipanzi-cipanzi penghisap Marlboro kini sepi dilanda garuda.
Si penghuni zoo mati kata-kata berhadapan nyawa masa depan seraya mula berbisik perlahan pada tangan yang diangkat separa dada membuat hajat yang pelbagai.

Insiden Chewing-gum


insiden perut dipenuhi gas tahun lalu antara punca cinggam Bebi tolak jauh-jauh. Trauma rasanya ingin menghadap benda alah itu lagi. Apatah lagi memasukkannya ke dalam mulut. Seperti menggantung diri sahaja. Rasa enak sementara hanya satu penipuan besar. Seperti sengaja mahu menipu agar yang tertipu membeli dan kemudiannya menyesal. Segalanya angkara malas lakukan 3 langkah mudah koyak kertas, ludah, dan buang. Bebi mengambil keputusan terus mengunyah dan mengunyah. Tiada sebarang rasa. Seperti mengunyah garis-garis buku nota.
“Bebi, saya nak bawa awak pergi tengok tempat yang paling indah. Sesuai untuk kapel baru macam kita” menyesal Bebi terima lamaran Mader. Bebi tidak cintakan Mader. Bebi hanya kasihan melihat Mader merayu. Sebenarnya Bebi tak mahu Mader terus melutut sebab Bebi tahu Mader sakit lutut. Bebi mencari sejuta macam alasan agar perlawaan Mader ditolak tanpa menyakiti Mader. Bebi bukan apa, Bebi sudah bosan dengan tempat menarik yang Mader gembar-gemburkan. Dalam sepuluh tempat menarik, hanya satu yang menarik. Itupun hanya di tepi pantai. Yang lainnya seperti di kawasan purba sahaja. Low sungguh taste Mader.
Bebi mula mencari alasan. Alasan moyang sakit, adik sedang tidur, polis depan rumah juga tangki air pecah satu pun Mader tidak terima. Perlawaan makan angin buat Bebi trauma mahu mendengarnya. Bebi mencuri cinggam adik. Dia kunyah dan kunyah tanpa sebarang kegusaran lagi. Bebi tidak perlu lagi risau perut kembung atau mati tanpa sempat mengucap. Bebi hanya tersenyum dengan coke di tangan dan tidak perlu lagi keluar makan angin. Bahagianya bila bebas dari Mader.

Saturday 22 October 2011

DERITA SANG PENCINTA


    Tiada apa yang lebih sedih dari dipaksa kahwin. Kisah ini buat aku rasa takut untuk bercinta. Sering aku ingatkan diri sendiri bahawa jodoh bukan ditentukan kita. Cinta yang aku alami sekarang hampir sama dengan cinta Ani. Aku miliki kekasih sebaik dan semanis kekasih Ani dahulunya. Tidak kisahlah apa akan terjadi masa hadapan, aku tetap akan menghargai dia selagi aku masih bersama dia. Aku tidak mahu terkilan jika tidak sempat menghargai dia. Selagi kisah Ani aku ingat, selagi itu dia tetap akan aku kasihi.

   Ani. Orang yang paling aku kasihi. Paling aku sayangi. Aku hebat sebab aku fahami dia. Tiada yang lebih sengsara dari mendapat suami yang tidak mencintai dia. Dulunya Ani ada kekasih hati. Sudah bertahun lamanya cinta mereka terpatri. Perkenalan yang dirancang keluarga seolah-olah mendapat restu bila mereka terlalu bahagia. Kebaikan Man tidak dapat Ani gambarkan. Man tidak pernah menyentuh Ani secara sengaja mahupun tidak sengaja. Man terlalu Ani kasihi. Namun segalanya musnah bila masa mula berlalu pantas dan usia berinjak dewasa. Andai sahaja kasih sayang Man tidak terlalu kuat sudah tentu sekarang Ani menikmati kasih sayang seperti yang diidamkan. Hanya gara-gara tidak mahu meninggalkan Ani, Man tidak mahu mencari kerja meskipun sering dipaksa. Man memang anak orang kaya namun Man tersalah langkah bila Ani hanya Man jaga tanpa mengikat Ani sebagai tunangnya. Bila sudah terlalu banyak lamaran yang ditolak dan orang kampung mula membuka bicara segalanya mula berubah. "Kalau Man tak mahu cari kerja, aku nak kau terima sahaja lamaran sesiapa je lepas ni! Memang harta keluarga dia tujuh keturunan pun tak akan habis tapi gunung pun kalau ditarah sikit-sikit, lama-lama pun boleh rata!" Kata-kata mak Ani sentiasa segar di ingatan. Dan angkara terlambat hanya seminit, Ani dipaksa menerima lamaran Nor dan lamaran terlewat seminit Man terpaksa Ani tolak. Ani pernah ajak Man lari angkara tidak pernah mengenali Nor tetapi kerana menghormati mak Ani, Man menolak cadangan Ani. Ani terpaksa berkahwin dengan Nor tanpa mengenalinya. Tiga bulan Ani tidak berani memandang Nor. Kehidupan keluarga Nor yang angkuh buat Ani tidak selesa. Ani dikurung gara-gara keluarga mertuanya tidak mahu dia bergaul dengan jiran-jiran. Tidak sampai seminggu berkahwin, pergaduhan berlaku. Seksanya Ani menghadapi hidup barunya. Hanya aku tahu aliran hidup Ani yang dari kecil yang sering dimaki hingga usianya mencecah 58 tahun. Sehingga sekarang Ani tidak bahagia.Cukuplah setakat ini. Memori Ani masih kecil akan aku kongsikan kelak.

BILA CERITA LAIN BEST



     kosong campur sepi. bukan rumah kak milah yang baru kehilangan suami ataupun kandang yang sepi lepas raya haji tetapi meja sepi dengan kerusi kosong. entah kenapa kedai ini aku pilih sedangkan air pun aku tak order.makan? kelihatan perut aku masih penuh dengan maggi kembang.tiada yang menarik.hanya lampu malap dengan tivi kecil.aku tak rasa segalanya angkara buatan orang mahupun rintik rahmat percuma dari atas. meskipun kaki seluar di lipat atas tetap sahaja meriah. bukan sini tetapi keadaan di belakang. hanya muka pucat yang aku lihat dengan tubuh yang menghadap ke belakang. aku tahu tuan kedai marah bila meja dia hanya aku tempah angkara kedai belakang penuh. ya! siaran tivi kedai belakang lebih menarik dengan teriakan hantu indonesia.

Friday 21 October 2011

BELLA DI MARKET

      Ibu, Bella lapar!
Bella menyondol ibunya beberapa kali. Mengharap makanan dihidang di hadapan muka.
      palk ! bagai impian jadi kenyataan. Seekor ikan dengan perut terburai jatuh dihadapan mata. Dengan tangkas Bella menerkam. Gegel menyondol anaknya hingga jatuh ke dalam lecak. Bella mengesot lemah dengan harapan simpati diberi. Gegel berubah. Akhir-akhir ini hubungan ibu dan anak itu semakin renggang. Gegel dengan hidup liarnya. Tidak balik ke kotak meninggalkan Bella sendirian dengan suasana dingin malam. Setiap malam harapan Bella tetap sama dibelai lembut dengan sedikit rasa tajam kuku enggaru-garu. Berasa kehangatan suhu badan Yaya dan bangun saat matahari memunculkan diri. Bunyi nyaring siren aedes serta bising masyarakat market mematikan mood Bella. Bella menggeliat. Melentokkan tulang badan beberapa kali. Bella bergegas ke tong sampah. Saiznya yang kecil menyukarkan dia mencari rezeki tiap hari. Andai saja dia tidak muntah di tilam , sepahkan rak baju dan melabur di bilik tentu sahaja saat ini dia sedang menikmati sarapan pagi dengan susu yang berkhasiat.

ANGKARA PEN

Add caption


   Dulunya pen pun tidak pandai Adyna pegang. Sering dimaki sering sahaja adyna tak reti. Tulisan tangan Adyna sering menjadi punca kanak-kanak sebaya putus kepala, hilang tangan. Pernah menjadi sejarah dunia seorang murid dipukul pembaris.
   Hari ini si panas baran masih di tempat sama, disebalik tirai besi  meskipun sudah punyai cicit. Panggilan “cicit” sesuai untuk si kecil  manis peminat gulu-gula. Cicit si panas baran yang termuda kini sudah berumur 20 tahun. Adyna berharap umur si panas baran pendek.
   Sudah 30 tahun berlalu. Adyna kini peminat pen. Hampir 50, 000 batang pen menjadi koleksi peribadinya. Sudah 30 tahun juga  Adyna tidak tahu cerita si panas baran. Tertera indah di muka depan akhbar “ Adyna penulis termuda”. Adyna tersenyum bangga. Senyuman bangga bertukar puas apabila selakan kedua tertera “ Angkara pen akhir di tali gantung”

IMPIAN BESAR TUMES



Banglo-banglo mewah di serata tempat bukan antara tanda dunia semakin maju malah sebaliknya. Tiada lagi dedaunan hijau sebagai peneduh. Tiada lagi bukit-bukau penambah seri. Hujan semakin lebat. Banjir semakin menjadi-jadi. Tiada apa yang menggembirakan bagi aku ahli geografi. Rindu rasanya keindahan alam zaman hitam putih. Bagunan-bagunan pencakar langit menambah pulau-pulau buatan. Aku hanya mampu melihat perubahan arus dunia. Tiada mampu aku berbicara. Kerdilnya aku membuka rencana. Andai sahaja aku antara pemilik banglo-banglo mewah. Woah... tetapi adakah mereka untuk hadir sebagai tetamu? Atau mungkin banglo mewah hanya akan terus menjadi sepi? Tiada apa yang mustahil bagi aku yang kerdil. Atau mungkin banglo mewah aku hanya akan melariskan akhbar-akhbar tempatan. Jika aku mampu memiliki banglo mewah pasti sahaja tiada sabar aku menerima tetamu. Tetapi...tentu sahaja tetamu pulang jika mereka tidak melihat aku dan hanya menunggu air sebagai penghilang dahaga. Jika aku memberi alasan cawan berat adakah mereka terima? Atau aku hanya mmberi cawan kerdil yang hanya akan hilang cecair dalamnya dibawa angin? Hati aku berat untuk memiliki banglo mewah itu. Andai sahaja aku tidak sekerdil semut.

MALAM HARI PENGKARYA





Malam hari dengan alunan bunyi rintik hujan membasahi segenap ruang bumi begitu tenang dihayati. Tidak kurang bunyi nyaring cencurut gatal serta cicak berborak nakal. Nadia menekup muka dengan bantal. Berharap tidak mendengar gosip murahan cik cicak janda. Dikuatkan volume walkman. Lagu-lagu regae sungguh enak dibuat teman tidur, alunan bunyi seruling menambah seri suasana dingin malam hari. Namun segala keindahan seperti ditarik balik. Hanya sempat dihayati sesaat. Mungkin Nadia antara yang bertuah. Tiada yang mustahil pada malam suku pagi. Bantal dialih perlahan. Argh! Sungguh kuat bicara sang cicak. Nadia duduk. Dipusing kepalanya 360 darjah ke utara. Bunyi guruh yang gagah berulang kali memberi tanda seluruh alam hampir diconquer si syaitan durjana. Walkman ditutup. Bunyi sayup kipas selama ini sungguh kuat di malam hari. Sedikit menggangu suasana sepi. Nadia kembali berbaring. Selimut ditarik perlahan dengan penuh harapan. Mata yang berat sedikit menggembirakan. Kaki yang malas memberi senyuman. Tiga minit berlalu. Nadia menghempas selimut ke bawah, bantal-bantal pecah jahitannya. Kaki malas melangkah laju ke dapur. Dan........secawan susu berjaya dihasilkan. Nadia mula lesu. Dibuai mimpi-mimpi indah tanpa merasa hangatnya mentari. Nadia tahu semalam hari akhir dia bekerja. Nadia tersenyum dalam lena tidak sabar menggu notis 24 jam.