Saturday 29 October 2011

Insiden Chewing-gum


insiden perut dipenuhi gas tahun lalu antara punca cinggam Bebi tolak jauh-jauh. Trauma rasanya ingin menghadap benda alah itu lagi. Apatah lagi memasukkannya ke dalam mulut. Seperti menggantung diri sahaja. Rasa enak sementara hanya satu penipuan besar. Seperti sengaja mahu menipu agar yang tertipu membeli dan kemudiannya menyesal. Segalanya angkara malas lakukan 3 langkah mudah koyak kertas, ludah, dan buang. Bebi mengambil keputusan terus mengunyah dan mengunyah. Tiada sebarang rasa. Seperti mengunyah garis-garis buku nota.
“Bebi, saya nak bawa awak pergi tengok tempat yang paling indah. Sesuai untuk kapel baru macam kita” menyesal Bebi terima lamaran Mader. Bebi tidak cintakan Mader. Bebi hanya kasihan melihat Mader merayu. Sebenarnya Bebi tak mahu Mader terus melutut sebab Bebi tahu Mader sakit lutut. Bebi mencari sejuta macam alasan agar perlawaan Mader ditolak tanpa menyakiti Mader. Bebi bukan apa, Bebi sudah bosan dengan tempat menarik yang Mader gembar-gemburkan. Dalam sepuluh tempat menarik, hanya satu yang menarik. Itupun hanya di tepi pantai. Yang lainnya seperti di kawasan purba sahaja. Low sungguh taste Mader.
Bebi mula mencari alasan. Alasan moyang sakit, adik sedang tidur, polis depan rumah juga tangki air pecah satu pun Mader tidak terima. Perlawaan makan angin buat Bebi trauma mahu mendengarnya. Bebi mencuri cinggam adik. Dia kunyah dan kunyah tanpa sebarang kegusaran lagi. Bebi tidak perlu lagi risau perut kembung atau mati tanpa sempat mengucap. Bebi hanya tersenyum dengan coke di tangan dan tidak perlu lagi keluar makan angin. Bahagianya bila bebas dari Mader.

No comments: