Saturday 22 October 2011

DERITA SANG PENCINTA


    Tiada apa yang lebih sedih dari dipaksa kahwin. Kisah ini buat aku rasa takut untuk bercinta. Sering aku ingatkan diri sendiri bahawa jodoh bukan ditentukan kita. Cinta yang aku alami sekarang hampir sama dengan cinta Ani. Aku miliki kekasih sebaik dan semanis kekasih Ani dahulunya. Tidak kisahlah apa akan terjadi masa hadapan, aku tetap akan menghargai dia selagi aku masih bersama dia. Aku tidak mahu terkilan jika tidak sempat menghargai dia. Selagi kisah Ani aku ingat, selagi itu dia tetap akan aku kasihi.

   Ani. Orang yang paling aku kasihi. Paling aku sayangi. Aku hebat sebab aku fahami dia. Tiada yang lebih sengsara dari mendapat suami yang tidak mencintai dia. Dulunya Ani ada kekasih hati. Sudah bertahun lamanya cinta mereka terpatri. Perkenalan yang dirancang keluarga seolah-olah mendapat restu bila mereka terlalu bahagia. Kebaikan Man tidak dapat Ani gambarkan. Man tidak pernah menyentuh Ani secara sengaja mahupun tidak sengaja. Man terlalu Ani kasihi. Namun segalanya musnah bila masa mula berlalu pantas dan usia berinjak dewasa. Andai sahaja kasih sayang Man tidak terlalu kuat sudah tentu sekarang Ani menikmati kasih sayang seperti yang diidamkan. Hanya gara-gara tidak mahu meninggalkan Ani, Man tidak mahu mencari kerja meskipun sering dipaksa. Man memang anak orang kaya namun Man tersalah langkah bila Ani hanya Man jaga tanpa mengikat Ani sebagai tunangnya. Bila sudah terlalu banyak lamaran yang ditolak dan orang kampung mula membuka bicara segalanya mula berubah. "Kalau Man tak mahu cari kerja, aku nak kau terima sahaja lamaran sesiapa je lepas ni! Memang harta keluarga dia tujuh keturunan pun tak akan habis tapi gunung pun kalau ditarah sikit-sikit, lama-lama pun boleh rata!" Kata-kata mak Ani sentiasa segar di ingatan. Dan angkara terlambat hanya seminit, Ani dipaksa menerima lamaran Nor dan lamaran terlewat seminit Man terpaksa Ani tolak. Ani pernah ajak Man lari angkara tidak pernah mengenali Nor tetapi kerana menghormati mak Ani, Man menolak cadangan Ani. Ani terpaksa berkahwin dengan Nor tanpa mengenalinya. Tiga bulan Ani tidak berani memandang Nor. Kehidupan keluarga Nor yang angkuh buat Ani tidak selesa. Ani dikurung gara-gara keluarga mertuanya tidak mahu dia bergaul dengan jiran-jiran. Tidak sampai seminggu berkahwin, pergaduhan berlaku. Seksanya Ani menghadapi hidup barunya. Hanya aku tahu aliran hidup Ani yang dari kecil yang sering dimaki hingga usianya mencecah 58 tahun. Sehingga sekarang Ani tidak bahagia.Cukuplah setakat ini. Memori Ani masih kecil akan aku kongsikan kelak.

No comments: