Monday 7 November 2011

KELIWON


Seperti minggu-minggu berlalu. Syina dan wati semakin lali. Juga semakin teruk rasanya. Wajah yang pucat juga lingkaran gelap yang cemburu dengan kecantikkan mereka sungguh menyerlah. Tiada guna mereka berblasyer tetap sahaja pucat dan lesu. Kata ibu di kampung, kurangkan bermekap agar kahwin nanti seri pengantin terserlah. Wati tahu yang ibu memang gemar membangga-banggakan anak-anaknya. Kakak Wati yang kahwin dengan tukang besi seperti tidak wujud. Malu kata ibu. Padahal ibu pernah jatuh cinta dengan tukang besi. Tough katanya tetapi sebabkan papa janjikan kemewahan, ibu tolak tukang besi jauh-jauh. Seperti abang Wati juga yang mendapat pekerjaan sebagai doctor. Ibu sanggup halau abang dari rumah. Katanya abang tak cukup hebat. Entah apa yang ibu inginkan.
     Wati dan Syina sudah seperti kembaran. Kemana sahaja pasti bersama. Agak popular. Bukan kerana keakraban mereka tetapi kerana muka yang pucat. Ada suara-suara syaitan bicara. Kata mereka, Syina dan Wati sebenarnya roh yang tidak aman. Sungguh fitnah yang terlampau.
     Syina menekup muka pucat. Wati terbaring lesu. Keduanya masih dengan harapan yang sama. Harapan yang hanya sekadar harapan. Kekasih Syina bosan dengan cerita ulang-ulang Syina. Mana tak nya, cerita ditindih dan rumah berselerakkan sudah naik muak kekasih gelapnya itu dengar. Kan seronok jika cerita ulang-ulang itu ditukar tajuk seperti ada sejumlah wang yang banyak di bawah katil, jelmaan putih sebenarnya gadis bunian yang vok atau jin jahat mahu jadikan Syina ahli sihir. Meskipun Syina sering di marah tetap sahaja kekasihnya setia. Juga setia menemani malam-malam harinya.
     Wati memandang syiling. Ada bayangan hitam seperti jelaga. Bulu-bulu roma tidur mula terjaga dengan sendirinya. Menyanyikan lagu bulu roma juga berjanji taat setia pada raja roma. Keadaan menjadi sungguh sepi. Suara seseorang sedang menangis jelas menerjah ke telinganya. Ada bunyi kaca pecah di dapur juga jelmaan putih yang aktif berlari anak. Wati dan Syina hanya mendiamkan diri. Memejam mata mengambil syarat dan bersiap ke kelas. Begitulah hari-hari lepas juga hari-hari mendatang.